Hari ini kuliah menjurus kepada Sistem Pengurusan Kandungan..atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Content Management System (CMS).
Apa itu CMS?
Satu sistem pengurusan kandungan menyokong corak kerja seperti penghasilan, pengurusan, penyebaran, penerbitan dan penjelajahan maklumat-maklumat dalam sistem tersebut. Ianya meliputi keseluruhan pusingan satu-satu halaman dalam laman web, bermula dari penyediaan alatan mudah untuk penghasilan satu kandungan sehingga penerbitan kandungan tesebut dan akhirnya mencapai kembali sekiranya sudah diarkibkan. Ianya berupaya untuk mengendali dan menguruskan struktur keseluruhan laman web sama ada bentuk paparan laman web itu sendiri sehinggalah kepada bentuk navigasi bagi memandu pengguna melayarinya. Pada hari ini, kebanyakkan CMS lebih berfokus kepada penghasilan laman web bagi tujuan mengendalikan kandungan web. Dalam sesetengah pendapat, mereka lebih gemar menggunakan terma “web management content, WMC”.
KELEBIHAN MENGGUNAKAN CMS
Tiada fokus yang tepat tetapi CMS itu sendiri menyajikan kelebihan dan keuntungan yang lebih besar daripada yang dijangka. Ini termasuklah:
mengukuhkan proses penulisan kandungan
kitaran yang pantas dalam proses kemas kini untuk halaman sedia ada dan halaman baru
lebih konsisten
meningkatkan keupayaan navigasi laman
meningkatkan tahap fleksibel
menyokong banyak penulis/pengurusan
meningkatkan tahap keselamatan laman
mengurangkan duplikasi maklumat dan informasi
kapasiti yang lebih untuk bertumbuh
mengurangkan kos penyelenggaraan satu-satu laman web.
Dengan kelebihan-kelebihan yang diperoleh daripada CMS, seseorang boleh menggunakannya untuk pelbagai tujuan sama ada perniagaan, tujuan peribadi, kegunaan umum dan pelbagai strategi yang difikirkan perlu. Antara yang sudah berjaya dengan CMS adalah peningkatan hasil jualan, kepuasan pengguna dan mengecilkan jurang komunikasi antara pengguna dan pemilik laman.